...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Friday, January 20, 2012

NasiHAT IMAM HASAN AL-BANNA

assalamualaikum...
SILA BACA INI...


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta 


walau bagaimana keadaan sekalipun.




2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan



 amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada 


memberi faedah.








3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang



 betul itu adalah syiar Islam.




4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang 



kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.





5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu 



sentiasa tenang lagi tenteram.




6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti 



melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.




7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar



 kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah 


menyakiti hati orang.








8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-



pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.




9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan



 dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.




10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh 



itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



No comments:

Post a Comment