...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Tuesday, January 24, 2012

cerita pendek: Manusia zaman sekarang...

"Bang oi, moh la cepat kita ke rumah Haji Seman. " jerit Mak Jah dari biliknya.

"Alah Jah, kan kita nak ke KL kejap lagi. Mana sempat nak ke rumah Haji Seman tu." jawab Pak Abdul sambil tangannya melipat pakaian yang hendak dibawa.

"Eh abang ni, kan isteri dia baru je meninggal malam tadi. Takkan tak nak ziarah kot. Abang pon boleh tolong kebumikan jenazah tu nanti." Mak Jah membalas kata-kata suaminya seraya melangkah menuju ke ruang tamu.

"Jah, kan orang kampung yang lain ada, diaorang boleh tolong. Kalau saya tak da pon tak pa. Saya tak kira, kejap lagi kita mesti bertolak ke KL. Nanti kalau lambat, jalan jam. Lagip0n anak kita tu dah tak sabar nak jumpa dengan kita."Pak Abdul menjawab acuh tak acuh dan terus bergerak ke biliknya untuk bersiap.

Mak Jah menggeleng kepalanya. Dia mengeluh dengan karenah suaminya itu. Bukan jauh pon rumah Haji Seman tu, jalan kaki pon boleh. Gerutu hati Mak Jah.


Dari Abu Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallahu a'layhi wassalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab Baginda :

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya
3. Jika dia meminta nasihatmu maka berilah nasihat
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia
5. Jika dia sakit maka kungjungilah dia
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah(jenazahnya)nya.


Kalau perasan org zaman sekarang ni mcm2 alasan kalo diajak ke rumah org meninggal dunia. Jauhlah, penatlah, malaslah semua alasan terpancul dr mulut. Bukan susah pon, pergi dan sedekahkan bacaan yassiin. Kalau rasa tak da masa sgt cukuplah sekadar sedekahkan Al-Fatihah. Lepas tu, jumpa dengan waris jenazah. Sampaikan takziah dan memujuknya supaya bersabar .

Cuba bayangkan nnti bila diri kita yang ditakdirkan bertemu dengan ALLAH Yang Maha Pencipta, tapi tiada siapa pon yang sudi hadir utk sedekahkan bacaan yassiin atau al-fatihah utk kita. Mesti sedih kan???
Tak rugi pon kalau ziarah. Bahkan boleh mendatangkan keinsafan dalam diri kita.
JOm sama-sama Muhasabah Diri kita ni.






No comments:

Post a Comment