...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Thursday, November 29, 2012

Mengertilah . Wahai . Diri .

السلام عليكم ورحمة الله




Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan nikmat yang paling besar ke ats diriku juga kalian semua, yakni nikmat iman dan islam juga segala nikmat yg lain. Subhanallah terlalu banyak nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita.

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?" "(Surah Ar Rahmaan :16)
          

Dahulu, pernah aku kongsikan kepada kalian tentang tawaran upu yang aku terima. Ingat lagi tak? Herm, kalau ada yang lupa atau ingin baca ada di list let's read. Jemputlah baca.
Apa yang nak aku share pada hari ini bukanlah mengenai post itu tetapi kesinambungannya. 

Biasalah, dalam kos kejuruteraan awam mestilah subjek sains yang utama. Yang paling banyak jam kreditnya selain BEL (english). So, subjek sainsnya ialah Kimia dan Fizik. Rasanya semua tahu yang kedua-dua subjek sains ni bukanlah semudah ABC. Kalau pada pendapat aku, subjek sains ini lebih sukar berbanding subjek Matematik. Tapi sebenarnya, kalau rajin usaha, semua boleh jadi mudah, kan?.. 

Belajar dalam sem satu ni banyak ulang balik yang dipelajari masa form 5. So, keadaannya lebih mudah sebab dah pernah belajar dulu. Tak adalah istilah "tercegang-cegang time belajar". 

Tapi, sampai sekarang, kadang-kadang terlintas dalam fikiran aku ni,

 "kenapa aku study dalam kos ni?"

"Kenapa tak kos yang lain?"



Orang selalu cakap, dan aku pun bersetuju bahawa bidang pengajian kejuruteraan adalah antara yang agak berat selain perubatan. 

Waktu sahabat-sahabat aku yang nak ke Timur Tengah sibuk mengupdate status, sungguh jauh di sudut hati aku adanya rasa terkilan. Timur Tengah sudah semestinya merangkumi Mesir dan Jordan. Aku pernah menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke kedua-dua buah negara itu. Sungguh, memang aku nak ke sana. Apatah lagi aku bersekolah di smka. Jadi pada pemikiranku, jalan menuju ke sana lebih mudah.
Seperti yang pernah aku nyatakan, ketika mana keputusan upu hampir keluar, 95 peratus aku yakin bahawa aku akan berada dalam dunia pembelajaran pengajian Islam. Tapi bila keluar result upu, sebaliknya. 
Itulah yang telah Allah tetapkan buat aku.

Benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Pada kita, perancangan kita itu sudah cukup indah tapi hakikatnya perancangan Allah itu lebih indah.

Allah yang menciptakan kita. Sudah pastinya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Aku berpegang pada kata-kata di atas. 

Tapi kita sebagai manusia memang selalu terlupa pada hakikat. Lebih-lebih lagi bila di timpa kesusahan atau kesukaran.  Macam aku, bila dah mula belajar, memanglah akan ada rasa susah. Jadi masa itu, mulalah minda duk persoalkan balik kenapa aku belajar kos ini? Macamana boleh ada dalam bidang ini?
Sedangkan dulu, dah terima hakikat, tapi lain pulak pemikirannya bila dah ada dalam situasi sukar.

Akhirnya, saya terjumpa artikel yang di tulis oleh seseorang dalam laman iLuvislam.
Kalau tak sedar lagi, tak tahulah nabilah,...!!!

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu.

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Setuju kan?


Bila result final exam keluar, alhamdulillah pointer ok, walaupun bukan dalam kalangan Dean's List, aku tetap bersyukur. Yess, of course kena bersyukur. Whatever yang Allah dah bagi kita kena bersyukur.( Say Alhamdulillah + sujud syukur = more better). Kena ingat, memanglah kalau boleh kita nak cemerlang sampai melayakkan kita dapat anugerah like Dean's List tu. Tapi kalau tak dapat, itu bukan rezeki kita. Rezeki Allah itu luas. Mungkin bukan sem 1, sem 2 ada lagi. Still ada 4 sem lagi. Kalau bukan di universiti mungkin waktu kita kerja.

Apa yang penting, kita kena istiqamah berdoa. Doa itulah senjata kita sebagai orang Islam. Jangan lupa pula usaha. Doa shj tnpa usaha tak jadi jugak. Kena dua-dua. In Shaa Allah. Sentiasa yakin dengan janji Allah.









Wassalam.

*Selamat pulang warga UiTM P.Pinang*

4 comments:

  1. Teruskan perjuangan wahai sahabat . Go Nabilah Go !

    ReplyDelete
  2. Yups,,thats rite..bljar rjin2 ea..bidng yg Allah beri itu adlh yg pling baik utk kta..w'laupun bkn dlm bdg pngajian islam tpi jka kta ttp dkt dgn Allah,xde bzanya syg..yg pntg Istiqamah..awok msti blh nabilah (^_^)...

    ReplyDelete
  3. kuatkan tekad dan teruskan perjuangan mu ukhti :)
    Nabilah even kita tak jadi ustazah or else..dlm bidg Engineer ni pun boleh... Jadi Engineer yg tahu tntg Islam.. PROTAZ - profesional ustazah dlm bidg kte sendiri <3 salam ukhwah nabilah

    ReplyDelete
  4. sgt2 memberi motivasi kpda saya...go kak nabila!!

    ReplyDelete