...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Friday, May 11, 2012

Ketentuan-NYA


السلام عليكم ورحمة الله




TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


E2410 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA



Aku terkedu..!!!
Alahmak, engineering la pulak. Baru je cadang naa t0lak tepi subjek sains ni. Nampak gayanya terbantut la niat taa baik aku ni...
Lps tu, aku terus call ibu kat pejabat.
"Ibu, anyah dapat kejuruteraan awam kat uitm"
"Ha! Kejuruteraan awam?" ibu mcm terkejut sikit.
"Ha'ah, bu. Anyah pun taa sangka"
Ketika itu jugak, aku sedar yg aku MENANGIS.

Persoalannya, kenapa aku menangis?

HErm, biar aku st0ry. After spm, masa untuk menjual semua handout2 yg pernah cgu bgi kat sk0lah. Tapi, apa yg aku masih simpan sampai la ni, krtas2 yg berkaitan dgn subjek agama (qs,sy,arab) n Fizik juga taa ketinggalan addMath. Knp aku simpan krts2 ni lagi? Yg berkaitn agama mmg aku naa simpan. Tpi, tuk fizik n addmath knp?? Jawapannya, aku ni mmg cam ada la keinginan sikit naa jdi enginner. Sbb aku sgt suka belajar subjek Fizik. (Walaupun taa la a dlm spm, alhamdulillah b+)tpi, mmg aku sukalah. Tak tau naa bgi alasan apa. S0, mmndgkn minat Fizik, aku pun tanam-tanamkan minat tuk jdi engineer, sbb  kerjaya ni mmg ada kaitan dgn Fizik tuh. 

Tapi, bila isi upu, aku mmg bernekad naa amek pengajian islam. Tu jugak yg aku minat. Walaupun taa terr0r sgt Arab, tpi bgi aku belajar subjek agama mmg satu perkara yg ser0n0k dan amatlah berfaedah utk hari ini, es0k dan selamanya. S0, mmg aku isi 1,2,3 dlm upu tuh unisza sbb  u situ jerh(under g0verment)  yg menawarkan diploma pengajian islam. Kalau asasi tuh ada la kat u lain, tpi dgn kptsn spm aku, susah naa lepas asasi. Jadi, awal2 lagi aku mmg t0lak ke tepi segala jnis asasi.

Alhamdulillah, hampir setiap hari aku berd0a, supaya ALLAH memberikan aku jalan yang terbaik utk meneruskan pengembaraan ilmuku ni. Dalam hati ni mmg kuat mengatakan aku boleh dpt k0s pengajian islam sbb isi pun 1,2,3 pngajian islam. Macm mustahil la taa dapat.

Lagipun, aku mmg mngharap supaya adalah se0rang dlm ahli keluarga aku yg menjurus dlm bidang agama. Jadi, aku meletakkan diri aku dlm sasaran tuh. Ibu n ayah pun taa membantah dan menyokong bila aku    cakap naa pilih k0s agama. Pendek kata, harapan aku mmg naa smbg pengajian islam la.

Tapi, bila keluar result upu, aku terus menjerit dpn lapt0p time tu. Dengan langkah yg laju aku terus ke dapur utk bagitau kakak pasal upu tu la. Kakak pun terkejut la  jugak. Sbb dia tahu apa yg aku mintak dan mengharap.

Bila kwm2 tanya tntg upu, aku berterus terang. Aku ckp aku dpt kjuruteraan awam. Tapi, jauh di sudut hati ini, mmg ada rasa terkilan. Sebabnya, aku meletakkan harapan yg tinggi tuk k0s agama.

Lagi aku sedih, bilamana ramai shbtku yg dpt smbung ke uia. Dah mcm bilangan satu kelas. Ser0n0k betul. Ada jugak ke u lain, tpi still dpt sama dgn kwn. Ni aku sorang-sorang ja ke uitm bukit mertajam tuh. Sedih agak banyak la.

Walaumacamana sekalipun, semuanya dah ditentukan. Aku tetap melaksanakan sujud syukur. Aku ttp dpt upu. Lagi kasihan pada yg taa dpt upu.

Yang aku tanam minat sikit-sikit tu la yg aku dapat. Sekurang-kurangnya aku ada la  minat walaupun taa bnyk. Ada hikmah aku masih simpan krts-krts addMath n Fizik ni. Boleh la refresh balik. Jadi, kena tanam minat bnyk2 lps ni.

Sekarang, aku dpt terima kenyataan, bahawasanya aku akan meneruskan pembelajaran dlm bidang kejuruteraan awam. Dan, aku selalu ingat, ilmu agama yakni ilmu ALLAH ini ada di mana-mana sahaja. Cuma kena rajin mencari dan terus mencari. Jgn kerana kita dpt k0s berkaitn sains, ilmu agama kita lupakan terus. Taa boleh mcm tu. Ilmu agama tetap kita perlukan. Kalau tidak, diri kita ni akan hanyut dengan situasi dunia zaman sekarang.

 "ALLAH Knows The Best For You. ALLAH tahu yg terbaik utk kita." 

Aku pegang kata-kata di ats tuh. Sesungguhnya segala perancangan ALLAH utk hambanya amat baik. DIA lebih tahu apa yg baik utk kita sekarang, es0k dan utk masa hadapan. Jadi, sbg hamba, jgn kita pertikaikan ketentuanNYA.


"Masa depan itu milik ALLAH"

"Tidak semestinya yg difikirkan BAIK itu adalah yg TERBAIK untuk kita"



*Di bawah ada bbrp keping gmbar UiTM,Pulau Pinang yg djumpai di G00gle Search Image.



* Di pintu masuk.



*Ini Pusat Islam a.k.a masjid




*Salah satu k0lej kediaman.




Sekian, dariku,
c0retan Nurul



8 comments:

  1. Tahniah ! Alhamdulillah Nabilah , walaupun bukan kos agama seperti yang kamu impikan sekurang kurang kamu masih berpeluang melanjutkan pelajaran di tempat yang baik kann . Teruskan usaha , mungkin itu jalan yang terbaik untuk kamu yang dah Allah aturkan . Walau dimana punn kita menuntut ilmu , berlajar sungguh sungguh yeh . All the best , Insyaallah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH,.. Doakan ana tau fathin... Kamu pun, belajar sungguh-sungguh,. M0ga kita menjadi org yg berjaya kelak..

      Delete
  2. ALLAH always does things right!
    His way is ALWAYS the best way,even if to us it seems all wrong,
    If you asked ALLAH for one thing & received another,TRUST..
    You can be sure that He will always give you what you need at the appropriate time… 
    ALLAH give the very best to those who leave the choices up to Him.
    Xpe…Jgn sdih ea,kta seNegeri nnti.. hee,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, sis... sama negeri la kte lps nieyh.. ckp blah sana.. saya percaya ketentuanNYA... ada hikmal di sebalik semua ni..

      Delete
  3. Assalamualaikum kakk..saya nak tnya kalau kita lepasan spm dpat twaran uitm..selalu daftar bulan brpe ya?

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam.
    Kali ni intake adik2 akan berdaftar minggu depan.
    24/5/2016.

    Apapun tgk semula surat tawaran ok.
    All d best. !!

    ReplyDelete
  5. Jalan cerita sebijik ngan saya...mula2 nk kos agama skali dpt kos civil ni kat uitm...hmm nk wat cam mana syukur jerlah and doakan saya kay..

    ReplyDelete