Disaat kegelapan masih menyelebungi,
Kaki ini perlahan melangkah,
Bayu pagi menghembus,
Terasa kesejukannya.
Kaki terus melangkah,
Menuruni anak tangga,
Sambil dalam hati,
Tidak terkata sabarnya.
ASSALAMUALAIKUM,
Ku ucap sebelum melangkah masuk ke rumah-NYA,
Lampu ku nyalakan,
Telekung ku pakai.
Sejadah mini,
Ku bawa bersama,
Menuju ke satu sudut,
Berdekatan rak Al-Quran.
Setelah sejadah dihamparkan,
Aku berdiri tegak,
Berselawat, membaca bismillah,..
Memohon kekhusyukan.
Takbir diangkat,
Bermulalah pertemuan ku dengan,
YANG MAHA PENCIPTA,
Sehingga ke akhirnya salam diberi.
Astaghfirullahala'zim,
Astaghfirullahala'zim,
Astaghfirullahala'zim .
Astaghfirullahala'zim,
Astaghfirullahala'zim .
Zikir mnjadi kesinambungan.
Sesudah itu tangan di tadahkan,
Mengadulah padaNya,
Segala perkara,
Segala peristiwa yang menimpa.
Setitik demi setitik air mata jatuh,
Sungguh,
Begitu aku rasa dekat denganNya,
Terasa DIA setia mendengar setiap aduan,
Kelegaan dirasai,
Ucapan ALHAMDULILLAH terucap di bibir,
Tanda bersyukur,
Diberi waktu utk 'berdating' denganNya.
Bukanlah satu perkara yang mudah,
Tetapi kehendak dan keinginan,
Yang menguasai diri,
Menjadikannya mudah utk dilaksanakan.
"Wahai muslimin dan muslimat, mengadulah kamu pada ALLAH apa jua kesusahan dan berkongsi dengan ALLAH apa jua kegembiraan kerana kamu akan merasai nikmatnya. Tiada yang mampu dikongsi 'nikmat' apa yg dirasai. Cubalah! Kamu akan merasainya dengan sendiri.
Hari ini aku masih menghitung. Bilakah lagi masanya aku diberi kesempatan untuk berdua denganNYA seperti mana yg aku pernah lakukan?
SUNGGUH
Aku amat merindui saat itu!
Rindu amat!
mohon share=]
ReplyDeletesilakan...
Deleteteringat suasana di sekolah dulu..
ReplyDeleteAllahurabbi dik.. :) rindu coretan adik
ReplyDeleteAkk... inshaAllah. Coretan Nurul sdg berusaha mengupdate. saya tgh usaha kak. syukran sbb sntiasa mnyokong saya.
DeleteAlhamdulillah.... Pasti ibu dan ayah berbangga mempunyai anak yg menjaga hubungan dgn Pencipta smesta alam. Mak Uda pun rindu juga utk bermunajat sebagai hamba yg begitu byk dosa , sedar. Dan tanpa sedar. Mari lah kita bersama2 mangambil peluang di akhir ramdan ini. Moga dosa kita diampunkan-Nya. Amin.
ReplyDeleteMak uda tersilap tekan anonymous pulak.
ReplyDeleteInshaAllah mak uda. amin. Semoga Allah redho dan berkati dgn usaha kita.
Delete