...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Thursday, November 29, 2012

Mengertilah . Wahai . Diri .

السلام عليكم ورحمة الله




Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan nikmat yang paling besar ke ats diriku juga kalian semua, yakni nikmat iman dan islam juga segala nikmat yg lain. Subhanallah terlalu banyak nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita.

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?" "(Surah Ar Rahmaan :16)
          

Dahulu, pernah aku kongsikan kepada kalian tentang tawaran upu yang aku terima. Ingat lagi tak? Herm, kalau ada yang lupa atau ingin baca ada di list let's read. Jemputlah baca.
Apa yang nak aku share pada hari ini bukanlah mengenai post itu tetapi kesinambungannya. 

Biasalah, dalam kos kejuruteraan awam mestilah subjek sains yang utama. Yang paling banyak jam kreditnya selain BEL (english). So, subjek sainsnya ialah Kimia dan Fizik. Rasanya semua tahu yang kedua-dua subjek sains ni bukanlah semudah ABC. Kalau pada pendapat aku, subjek sains ini lebih sukar berbanding subjek Matematik. Tapi sebenarnya, kalau rajin usaha, semua boleh jadi mudah, kan?.. 

Belajar dalam sem satu ni banyak ulang balik yang dipelajari masa form 5. So, keadaannya lebih mudah sebab dah pernah belajar dulu. Tak adalah istilah "tercegang-cegang time belajar". 

Tapi, sampai sekarang, kadang-kadang terlintas dalam fikiran aku ni,

 "kenapa aku study dalam kos ni?"

"Kenapa tak kos yang lain?"



Orang selalu cakap, dan aku pun bersetuju bahawa bidang pengajian kejuruteraan adalah antara yang agak berat selain perubatan. 

Waktu sahabat-sahabat aku yang nak ke Timur Tengah sibuk mengupdate status, sungguh jauh di sudut hati aku adanya rasa terkilan. Timur Tengah sudah semestinya merangkumi Mesir dan Jordan. Aku pernah menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke kedua-dua buah negara itu. Sungguh, memang aku nak ke sana. Apatah lagi aku bersekolah di smka. Jadi pada pemikiranku, jalan menuju ke sana lebih mudah.
Seperti yang pernah aku nyatakan, ketika mana keputusan upu hampir keluar, 95 peratus aku yakin bahawa aku akan berada dalam dunia pembelajaran pengajian Islam. Tapi bila keluar result upu, sebaliknya. 
Itulah yang telah Allah tetapkan buat aku.

Benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Pada kita, perancangan kita itu sudah cukup indah tapi hakikatnya perancangan Allah itu lebih indah.

Allah yang menciptakan kita. Sudah pastinya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Aku berpegang pada kata-kata di atas. 

Tapi kita sebagai manusia memang selalu terlupa pada hakikat. Lebih-lebih lagi bila di timpa kesusahan atau kesukaran.  Macam aku, bila dah mula belajar, memanglah akan ada rasa susah. Jadi masa itu, mulalah minda duk persoalkan balik kenapa aku belajar kos ini? Macamana boleh ada dalam bidang ini?
Sedangkan dulu, dah terima hakikat, tapi lain pulak pemikirannya bila dah ada dalam situasi sukar.

Akhirnya, saya terjumpa artikel yang di tulis oleh seseorang dalam laman iLuvislam.
Kalau tak sedar lagi, tak tahulah nabilah,...!!!

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu.

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Setuju kan?


Bila result final exam keluar, alhamdulillah pointer ok, walaupun bukan dalam kalangan Dean's List, aku tetap bersyukur. Yess, of course kena bersyukur. Whatever yang Allah dah bagi kita kena bersyukur.( Say Alhamdulillah + sujud syukur = more better). Kena ingat, memanglah kalau boleh kita nak cemerlang sampai melayakkan kita dapat anugerah like Dean's List tu. Tapi kalau tak dapat, itu bukan rezeki kita. Rezeki Allah itu luas. Mungkin bukan sem 1, sem 2 ada lagi. Still ada 4 sem lagi. Kalau bukan di universiti mungkin waktu kita kerja.

Apa yang penting, kita kena istiqamah berdoa. Doa itulah senjata kita sebagai orang Islam. Jangan lupa pula usaha. Doa shj tnpa usaha tak jadi jugak. Kena dua-dua. In Shaa Allah. Sentiasa yakin dengan janji Allah.









Wassalam.

*Selamat pulang warga UiTM P.Pinang*

Saturday, November 3, 2012

: A DAY TO REMEMBER . . . . :


السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim.



...................................................................................................................................................................
Alhamdulillah, pda 30 Oktober yg lalu, tertunailah hajat aku dan rakan-rakan ( Amirah, Aisyah, Izzah, Syakirah & Asma) utk melawat sekolah tercinta, SMKA Sultan Azlah Shah yg terletak di Bota, Perak.



Memandangkan tiada bas yg straight ke Seri Iskandar, jadi kami terpaksalah memikirkan cara utk ke sekolah. Akhirnya, kami di benarkan utk menggunakan kereta milik ayah Amirah yakni Kenari. Terima kasih Pak Cik Asmuin. Herm, yang memandunya, of course la bukan aku.. Driver terhebat on that day ialah Aisyah. Mula-mula sgtlah cuak Aisyahnya sbb dh lama taa pegang stereng. Tapi disebbkn perasaan yg nk sgt pergi sekolah, buat-buatlah taa cuak. Kami mulakan perjalanan dengan baca doa menaiki kenderaan :



Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(Surah Az Zukruf 13-14)


Sepanjang perjalanan, memamg tak henti masing-masing duk bercerita pengalaman belajar di u. Biasalah pertama kali kan. Sambil tu, kami bersarapan nasi goreng yg sedap yg telah pun di bekalkan oleh umi Amirah. Terima kasih mak cik. (lupa nama la pula). Selepas hampir 30 minit perjalanan kmi singgah di Kmpg Gajah utk jemput cik Asma pula. Melepas la rindu kami berempat.

Then, perjlnn diteruskan ke Tesco Seri Iskandar pula. Nak tahu siapa yg tunggu kt sana? Herm, org Manjung la, Izzah & Syakirah. Owh, ni nk bgitau, mmndgkn kmi ramai masa ni, Kenari tu bertukar jap menjadi Alphard. (Bak kata Amirah).

Lebih kurg jam 10.00 barulah kami sampai di pintu utama SMKASAS. Waktu ini, rasa seronok sgt. Awal-awal lagi dh nmpk students f0rm 3 lari sana-sini. Biasalah program after PMR. Driver terhebat kmi terus mmndu ke "Padang Pasir"(pljr smkasas je yg tahu tmpt ni) utk parking Alphard (Alphard la sgt) yg dipandu.

Insan pertama yg kami jumpa sudah semestinya sahabat kami, Hajar. Waktu ni kami nk masuk Masjid At-Tarbiah. Hajar pula baru nk keluar. Seperti biasa, bila bertemu kami buat "Salam Semut" (istilah ni pula, msti students Uitm tahu kan? Yg slalu kita buat waktu mds la). Pengumuman, Hajar ialah se0rang KP sekrg. Wah2, TAHNIAH!

Yang paling best, Hajar bgitau yg dia akan teman kmi semua. Terima kasih Hajar!!

Dkat jam 10.30 pagi barulah kami memulakan perjalanan. Firstly, kami singgah koop dulu untuk jumpa Aunty Nurul. Aunty kesayangan semua. Waktu tu jugak kami jumpa Tcer Maziah & seorg guru baru rasanya.
Aunty Nurul biasalah dengan sikapnya yg ramah.

"Hey, how are you?" Aunty Nurul ni mmg speaking 24 jam. Kdg2 kami pun speaking skali. Mantapkan English.

Then, kami terus pgi ke depan pejabat sekolah pulak. Ok, nak tahu kami jumpa siapa? Cgu Fauziah!! Dari jauh lagi kami dh nmpk senyuman cgu.

Cgu Fauziah :Dah naik atas (bilik guru) belum?
Kami: Belum lagi cgu,.. segan la pula cgu.(smbil tersengih)
Cgu Fauziah : Ha, jomlah naik atas. Cgu temankan skali.
Wah-wah, cgu temankan tu. Please don't jealous ye.
Tgh naik tangga terserempak pula dgn Cgu Roaini. AddMath ttp di hati kami cgu. (tmbh2 aku ni la, Calculus ye nabilah)

Rupanya waktu hari yg sama, ramai cgu x ada kt skolah. So, mmg agak sunyi la bilik guru tu. Utk pengetahuan korg, ini first round kami pegi bilik guru. Kami jumpa Cgu Romlah, Cgu Faizul, Cgu Suhaida, Cgu Hamizan, Cgu Hamidah n Ustzh Norehan. Cgu Zainun ada jgk tpi kmi taa sempat jumpa sbb cgu tgh mengajar student waktu tu.

Ok perjalan kami diteruskan ke makmal bahasa pula utk b'jumpa Ustzh Marsirah n Ustz Hidzir. Lama juga kmi smbg dgn ustzh. Biasalah, sembg psl hermm, mcm2 la... Tak tau nk story balik. Then, sembg sekejap dgn ust pulak. Bila keluar dri makmal jumpa Cgu Hasnan a.k.a Pak Nan. Sebelum terlupa, kami jumpa dgn Ust Zul a.k.a M. Nasir Smkasas.

Bila turun semula ke bawah, jumpa dgnnnnnn Ust Sidik. Kalau dh jumpa Ust Sidik, mmg sembg lama la.  Cgu Ariffin pun ada jugak. Pda masa yg sma, we meet Cgu Maizatun.. Biology is still in our hearts.
After that, kmi jumpa dgn Cgu Rodiah n also Cgu Hafizah. Second round pgi bilik guru kami jumpa pula Cgu Rahayu. Waktu ni cgu kurg sihat. ( Semoga cgu cpt sembuh, inshaAllah). Cgu Sirajuddin taa dilupakan. Alhamdulillah, beliau masih igt kami. Cgu Tengku ada juga waktu tu. Sempat kmi wish Selamat Pengantin Baru pda cgu. (Cgu ckp dh Pengantin lama dah).
Kami taa lupa utk melawat cgu2 kt bilik Form 6. Semptlah berjumpa dgn Tcer Anizan, Ust Ghazali dan Ust Yazid juga Ust Rusydi.

Dalam perjalanan kami nk ke masjid, kami jumpa dgn Cgu Zaimah pula. Ha, ustzh Wan pun kami jumpa jugak. Loghat Kelate nya taa hilang. Alhamdulillah, kami dapat tunaikan Solat Zohor di Masjid At-Tarbiah. Cantik dah masjid skrg ni. Semua tingkap dah ada langsir. Sempat juga jumpa dgn adik-adik.

venue: Kantin sekolah.
Herm, alhamdulillah, kami semua mkn dgn seleranya sbb semua kelaparan. Lps la rndu kmi pda masakan Kak Su. Jumpa pulak dgn Pak Cik Sharip. Ha, jgn main2. Pak Cik still igt kami. Kt kantin jgk kami bertemu dgn Ustzh Radziah n Cgu Ramsul.

Lps mkn, tau kami buat apa? ha, kami terjah asrama la pula. Hish-hish masih seperti dulu. Dah naik asrama jumpa pula dgn Arwa n Farah. Dah start sembg, mmg taa berhenti. Apa yg baru? Ok aspuri dah ada bilik tv. bilik warden yg bersebelahan dgn "Cermin Besar" tu dh bertukar mnjdi bilik sakit. Utk pengetahuan jgk, dah ada ampaian dpn koridor setiap dorm. Untunglah~ ~ ~. Waktu tu jugak, katil baru yg berwarna-warni sampai. Dengarnya, korg bakal dpt katil baru. Untung lagi. Alhamdulillah, bersyukur dgn semua kemudahan yg ada. Nak tau? Dorm R dh jadi musolla. So, kami solat Asar kt situ. Merasa musolla baru.

Tepat jam 5.00 ptg barulah kami bert0lak balik. At the same time, tgh hujan agak lebat jgk. Kami singgah Seberang Perak dulu utk hantar Asma. Then, teruskan perjalann yg jauh ke Manjung. Waktu ni, driver dh bertukar. Syakirah nma driver baru. Sampai Manjung, hujan lebat pulak. Hari dh semakin gelap. Ok, kmi decide utk solat Maghrib kt rmh Izzah. Bila dh hbis s0lat, hujan makin lebat. Driver pula, risau nk pandu dlm keadaan mcmtu. Akhirnya, bermlm kt rmh Izzah. Untung jgk mlm tu, sbb parents Izzah blnja Nasi Pataya. Alhamdulillah, sedap2.

Esoknya, awal-awal pagi dh mulakan perjalanan. Takut bnyk kereta. Tup-tup dlm spnjg perjalanan tuh brp bnyak lori laa.. Dah la lori besar-besar. Haish, nk x nk knalah Aisyah mnjdi brani waktu tu. Potong satu, ada satu lagi kt depan. Good job la Aisyah. You did it.

Alhamdulillah, syukur.. Akhirnya kami sampai juga di T.Intan terchenta.

Sesungguhnya, ini merupakan satu perjalanan yg bole tahan jauhnya. Dan pastinya sebuah pertemuan sgt indah. Jumpa cikgu2, sahabat2,.. yg sgtlah dirindui.
5 tahun, kami di smkasas pastinya terlalau banyak pengalaman yg kami raih. Didikan para guru juga apatah lagi. Itu semua yg kami jadikan bekalan bila berada di dunia luar ni. Tanpa semua itu, tak mungkin aku, dan sahabat2 akan menjadi seperti hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah krn tlah memberi kesempatan kpd kita utk belajar di bumi SMKA SULTAN AZLAN SHAH.

Terima kasih tak terhingga pada guru-guru yang menerima kedatangan kami. Nasihat kalian semua amatlah kami hargai. InshaAllah, kami igt. Juga pda staf-staf sekolah. Tak lupa pda muslimat smkasas yg turut sama meluangkan masa bersama kami.



gambar, credit to : AmirahAsmuin

wassalam,
Coretan Nurul