...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Saturday, March 31, 2012

4 Perkara...



السلام عليكم ورحمة الله


~Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih~




4 Perkara yang dapat membuat pandangan mata menjadi gelap:


1-berjalan tanpa kasut
2-berpagi hari dan berpetang hari dengan wajah yang muram penuh dgn kebencian dan permusuhan (senyum selalu)
3-terlalu sering menangis
4-banyak menatap garis yang kecil-kecil








4 Perkara hal yang menghilangkan kesegaran dan kecerian wajah


1-Berbohong
2-Tidak tahu malu
3-Terlalu banyak bertanya yant tanpa dasar
4-Banyak melakukan maksiat


4 Perkara yang membuat wajah semakin segar


1-Menjaga harga diri
2-Menepati janji
3-Dermawan
4-Taqwa








4 Perkara yang mendatangkan kemarahan dan kebencian


1-Takabbur
2-Dengki
3-Bohong
4-Suka mengadu








4 Perkara yang b0leh mendatangkan rezeki


1-Bangun malam untuk s0lat
2-Banyak beristighfar menjelang fajar
3-Membiasakan memberi
4-Membiasakan diri berzikir di petang hari


4 Perkara yang akan mencegah datangnya rezeki


1-Tidur di pagi hari
2-Jarang s0lat
3-Malas
4-Suka berkhianat






4 Perkara yang membahayakan pemahaman dan kemampuan 0tak


1-Ketagihan makanan yang masam dan buah-buahan
2-Tidur terlentang
3-Resah
4-Gundah-gulana


4 Perkara yang akan menambah daya pemahaman


1-Hati yang bersih
2-Tidak menyelangi makan dengan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
3-Mengatur menu makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan mengandungi lemak
4-Membuang semua endapan yang memberatkan badan




sumber: Buku La Tahzan ( Siri Penyejuk Hati)


wassalam,


coretan Nurul

Friday, March 9, 2012

Cerita pendek: Sudah tertutupkah?



Dalam kereta Honda City 2.0 (cewwah)

"Along, nanti singgah kat kedai runcit Pak Seman tu sekejap. Tadi mak ada pesan suruh beli tepung, nak buat kuih petang ini." aku bersuara.

Depan Kedai Runcit Pak Seman

"Alahmak, along je yang tolong beli boleh tak? Orang lupa pakai stokin la." aku bersuara seraya memandang along.

"Alah, stokin je pun dik oi. Bukannya tak pakai tudung ke apa. Pegi je lah. Bukan orang nampak pun.Lagipun Pak Seman tu je yang ada dengan isteri dia tu ha, bukannya ada orang lain pun. Along malaslah nak turun." balas along dengan selamaba nya tuh.

Aku tersentap.

"Eh along, dengar ya. Orang memang paling pantang sekali dengan manusia yg selamba badak je nak bercakap pasal aurat ni. Along, aurat org perempuan tu, seluruh anggota badan tau kecuali muka dgn tapak tangan je.Lagi satu, Pak Seman tu bukannya orang ke? Objek k0wt yerk, bajet dia taa nampak kaki orang. Ingat bila jalan, kaki ni berselindung dalam kain ka?" balasku mula nak naik angin dengan along.

Itulah manusia zaman sekarang, suka ambil remeh dengan benda2 yg wajib nieyh..

Rekod hadis sahih:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)


Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih krn membaca.