...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Thursday, November 29, 2012

Mengertilah . Wahai . Diri .

السلام عليكم ورحمة الله




Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan nikmat yang paling besar ke ats diriku juga kalian semua, yakni nikmat iman dan islam juga segala nikmat yg lain. Subhanallah terlalu banyak nikmat yang telah DIA kurniakan kepada kita.

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?" "(Surah Ar Rahmaan :16)
          

Dahulu, pernah aku kongsikan kepada kalian tentang tawaran upu yang aku terima. Ingat lagi tak? Herm, kalau ada yang lupa atau ingin baca ada di list let's read. Jemputlah baca.
Apa yang nak aku share pada hari ini bukanlah mengenai post itu tetapi kesinambungannya. 

Biasalah, dalam kos kejuruteraan awam mestilah subjek sains yang utama. Yang paling banyak jam kreditnya selain BEL (english). So, subjek sainsnya ialah Kimia dan Fizik. Rasanya semua tahu yang kedua-dua subjek sains ni bukanlah semudah ABC. Kalau pada pendapat aku, subjek sains ini lebih sukar berbanding subjek Matematik. Tapi sebenarnya, kalau rajin usaha, semua boleh jadi mudah, kan?.. 

Belajar dalam sem satu ni banyak ulang balik yang dipelajari masa form 5. So, keadaannya lebih mudah sebab dah pernah belajar dulu. Tak adalah istilah "tercegang-cegang time belajar". 

Tapi, sampai sekarang, kadang-kadang terlintas dalam fikiran aku ni,

 "kenapa aku study dalam kos ni?"

"Kenapa tak kos yang lain?"



Orang selalu cakap, dan aku pun bersetuju bahawa bidang pengajian kejuruteraan adalah antara yang agak berat selain perubatan. 

Waktu sahabat-sahabat aku yang nak ke Timur Tengah sibuk mengupdate status, sungguh jauh di sudut hati aku adanya rasa terkilan. Timur Tengah sudah semestinya merangkumi Mesir dan Jordan. Aku pernah menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke kedua-dua buah negara itu. Sungguh, memang aku nak ke sana. Apatah lagi aku bersekolah di smka. Jadi pada pemikiranku, jalan menuju ke sana lebih mudah.
Seperti yang pernah aku nyatakan, ketika mana keputusan upu hampir keluar, 95 peratus aku yakin bahawa aku akan berada dalam dunia pembelajaran pengajian Islam. Tapi bila keluar result upu, sebaliknya. 
Itulah yang telah Allah tetapkan buat aku.

Benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Pada kita, perancangan kita itu sudah cukup indah tapi hakikatnya perancangan Allah itu lebih indah.

Allah yang menciptakan kita. Sudah pastinya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Aku berpegang pada kata-kata di atas. 

Tapi kita sebagai manusia memang selalu terlupa pada hakikat. Lebih-lebih lagi bila di timpa kesusahan atau kesukaran.  Macam aku, bila dah mula belajar, memanglah akan ada rasa susah. Jadi masa itu, mulalah minda duk persoalkan balik kenapa aku belajar kos ini? Macamana boleh ada dalam bidang ini?
Sedangkan dulu, dah terima hakikat, tapi lain pulak pemikirannya bila dah ada dalam situasi sukar.

Akhirnya, saya terjumpa artikel yang di tulis oleh seseorang dalam laman iLuvislam.
Kalau tak sedar lagi, tak tahulah nabilah,...!!!

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu.

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Setuju kan?


Bila result final exam keluar, alhamdulillah pointer ok, walaupun bukan dalam kalangan Dean's List, aku tetap bersyukur. Yess, of course kena bersyukur. Whatever yang Allah dah bagi kita kena bersyukur.( Say Alhamdulillah + sujud syukur = more better). Kena ingat, memanglah kalau boleh kita nak cemerlang sampai melayakkan kita dapat anugerah like Dean's List tu. Tapi kalau tak dapat, itu bukan rezeki kita. Rezeki Allah itu luas. Mungkin bukan sem 1, sem 2 ada lagi. Still ada 4 sem lagi. Kalau bukan di universiti mungkin waktu kita kerja.

Apa yang penting, kita kena istiqamah berdoa. Doa itulah senjata kita sebagai orang Islam. Jangan lupa pula usaha. Doa shj tnpa usaha tak jadi jugak. Kena dua-dua. In Shaa Allah. Sentiasa yakin dengan janji Allah.









Wassalam.

*Selamat pulang warga UiTM P.Pinang*

Saturday, November 3, 2012

: A DAY TO REMEMBER . . . . :


السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim.



...................................................................................................................................................................
Alhamdulillah, pda 30 Oktober yg lalu, tertunailah hajat aku dan rakan-rakan ( Amirah, Aisyah, Izzah, Syakirah & Asma) utk melawat sekolah tercinta, SMKA Sultan Azlah Shah yg terletak di Bota, Perak.



Memandangkan tiada bas yg straight ke Seri Iskandar, jadi kami terpaksalah memikirkan cara utk ke sekolah. Akhirnya, kami di benarkan utk menggunakan kereta milik ayah Amirah yakni Kenari. Terima kasih Pak Cik Asmuin. Herm, yang memandunya, of course la bukan aku.. Driver terhebat on that day ialah Aisyah. Mula-mula sgtlah cuak Aisyahnya sbb dh lama taa pegang stereng. Tapi disebbkn perasaan yg nk sgt pergi sekolah, buat-buatlah taa cuak. Kami mulakan perjalanan dengan baca doa menaiki kenderaan :



Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(Surah Az Zukruf 13-14)


Sepanjang perjalanan, memamg tak henti masing-masing duk bercerita pengalaman belajar di u. Biasalah pertama kali kan. Sambil tu, kami bersarapan nasi goreng yg sedap yg telah pun di bekalkan oleh umi Amirah. Terima kasih mak cik. (lupa nama la pula). Selepas hampir 30 minit perjalanan kmi singgah di Kmpg Gajah utk jemput cik Asma pula. Melepas la rindu kami berempat.

Then, perjlnn diteruskan ke Tesco Seri Iskandar pula. Nak tahu siapa yg tunggu kt sana? Herm, org Manjung la, Izzah & Syakirah. Owh, ni nk bgitau, mmndgkn kmi ramai masa ni, Kenari tu bertukar jap menjadi Alphard. (Bak kata Amirah).

Lebih kurg jam 10.00 barulah kami sampai di pintu utama SMKASAS. Waktu ini, rasa seronok sgt. Awal-awal lagi dh nmpk students f0rm 3 lari sana-sini. Biasalah program after PMR. Driver terhebat kmi terus mmndu ke "Padang Pasir"(pljr smkasas je yg tahu tmpt ni) utk parking Alphard (Alphard la sgt) yg dipandu.

Insan pertama yg kami jumpa sudah semestinya sahabat kami, Hajar. Waktu ni kami nk masuk Masjid At-Tarbiah. Hajar pula baru nk keluar. Seperti biasa, bila bertemu kami buat "Salam Semut" (istilah ni pula, msti students Uitm tahu kan? Yg slalu kita buat waktu mds la). Pengumuman, Hajar ialah se0rang KP sekrg. Wah2, TAHNIAH!

Yang paling best, Hajar bgitau yg dia akan teman kmi semua. Terima kasih Hajar!!

Dkat jam 10.30 pagi barulah kami memulakan perjalanan. Firstly, kami singgah koop dulu untuk jumpa Aunty Nurul. Aunty kesayangan semua. Waktu tu jugak kami jumpa Tcer Maziah & seorg guru baru rasanya.
Aunty Nurul biasalah dengan sikapnya yg ramah.

"Hey, how are you?" Aunty Nurul ni mmg speaking 24 jam. Kdg2 kami pun speaking skali. Mantapkan English.

Then, kami terus pgi ke depan pejabat sekolah pulak. Ok, nak tahu kami jumpa siapa? Cgu Fauziah!! Dari jauh lagi kami dh nmpk senyuman cgu.

Cgu Fauziah :Dah naik atas (bilik guru) belum?
Kami: Belum lagi cgu,.. segan la pula cgu.(smbil tersengih)
Cgu Fauziah : Ha, jomlah naik atas. Cgu temankan skali.
Wah-wah, cgu temankan tu. Please don't jealous ye.
Tgh naik tangga terserempak pula dgn Cgu Roaini. AddMath ttp di hati kami cgu. (tmbh2 aku ni la, Calculus ye nabilah)

Rupanya waktu hari yg sama, ramai cgu x ada kt skolah. So, mmg agak sunyi la bilik guru tu. Utk pengetahuan korg, ini first round kami pegi bilik guru. Kami jumpa Cgu Romlah, Cgu Faizul, Cgu Suhaida, Cgu Hamizan, Cgu Hamidah n Ustzh Norehan. Cgu Zainun ada jgk tpi kmi taa sempat jumpa sbb cgu tgh mengajar student waktu tu.

Ok perjalan kami diteruskan ke makmal bahasa pula utk b'jumpa Ustzh Marsirah n Ustz Hidzir. Lama juga kmi smbg dgn ustzh. Biasalah, sembg psl hermm, mcm2 la... Tak tau nk story balik. Then, sembg sekejap dgn ust pulak. Bila keluar dri makmal jumpa Cgu Hasnan a.k.a Pak Nan. Sebelum terlupa, kami jumpa dgn Ust Zul a.k.a M. Nasir Smkasas.

Bila turun semula ke bawah, jumpa dgnnnnnn Ust Sidik. Kalau dh jumpa Ust Sidik, mmg sembg lama la.  Cgu Ariffin pun ada jugak. Pda masa yg sma, we meet Cgu Maizatun.. Biology is still in our hearts.
After that, kmi jumpa dgn Cgu Rodiah n also Cgu Hafizah. Second round pgi bilik guru kami jumpa pula Cgu Rahayu. Waktu ni cgu kurg sihat. ( Semoga cgu cpt sembuh, inshaAllah). Cgu Sirajuddin taa dilupakan. Alhamdulillah, beliau masih igt kami. Cgu Tengku ada juga waktu tu. Sempat kmi wish Selamat Pengantin Baru pda cgu. (Cgu ckp dh Pengantin lama dah).
Kami taa lupa utk melawat cgu2 kt bilik Form 6. Semptlah berjumpa dgn Tcer Anizan, Ust Ghazali dan Ust Yazid juga Ust Rusydi.

Dalam perjalanan kami nk ke masjid, kami jumpa dgn Cgu Zaimah pula. Ha, ustzh Wan pun kami jumpa jugak. Loghat Kelate nya taa hilang. Alhamdulillah, kami dapat tunaikan Solat Zohor di Masjid At-Tarbiah. Cantik dah masjid skrg ni. Semua tingkap dah ada langsir. Sempat juga jumpa dgn adik-adik.

venue: Kantin sekolah.
Herm, alhamdulillah, kami semua mkn dgn seleranya sbb semua kelaparan. Lps la rndu kmi pda masakan Kak Su. Jumpa pulak dgn Pak Cik Sharip. Ha, jgn main2. Pak Cik still igt kami. Kt kantin jgk kami bertemu dgn Ustzh Radziah n Cgu Ramsul.

Lps mkn, tau kami buat apa? ha, kami terjah asrama la pula. Hish-hish masih seperti dulu. Dah naik asrama jumpa pula dgn Arwa n Farah. Dah start sembg, mmg taa berhenti. Apa yg baru? Ok aspuri dah ada bilik tv. bilik warden yg bersebelahan dgn "Cermin Besar" tu dh bertukar mnjdi bilik sakit. Utk pengetahuan jgk, dah ada ampaian dpn koridor setiap dorm. Untunglah~ ~ ~. Waktu tu jugak, katil baru yg berwarna-warni sampai. Dengarnya, korg bakal dpt katil baru. Untung lagi. Alhamdulillah, bersyukur dgn semua kemudahan yg ada. Nak tau? Dorm R dh jadi musolla. So, kami solat Asar kt situ. Merasa musolla baru.

Tepat jam 5.00 ptg barulah kami bert0lak balik. At the same time, tgh hujan agak lebat jgk. Kami singgah Seberang Perak dulu utk hantar Asma. Then, teruskan perjalann yg jauh ke Manjung. Waktu ni, driver dh bertukar. Syakirah nma driver baru. Sampai Manjung, hujan lebat pulak. Hari dh semakin gelap. Ok, kmi decide utk solat Maghrib kt rmh Izzah. Bila dh hbis s0lat, hujan makin lebat. Driver pula, risau nk pandu dlm keadaan mcmtu. Akhirnya, bermlm kt rmh Izzah. Untung jgk mlm tu, sbb parents Izzah blnja Nasi Pataya. Alhamdulillah, sedap2.

Esoknya, awal-awal pagi dh mulakan perjalanan. Takut bnyk kereta. Tup-tup dlm spnjg perjalanan tuh brp bnyak lori laa.. Dah la lori besar-besar. Haish, nk x nk knalah Aisyah mnjdi brani waktu tu. Potong satu, ada satu lagi kt depan. Good job la Aisyah. You did it.

Alhamdulillah, syukur.. Akhirnya kami sampai juga di T.Intan terchenta.

Sesungguhnya, ini merupakan satu perjalanan yg bole tahan jauhnya. Dan pastinya sebuah pertemuan sgt indah. Jumpa cikgu2, sahabat2,.. yg sgtlah dirindui.
5 tahun, kami di smkasas pastinya terlalau banyak pengalaman yg kami raih. Didikan para guru juga apatah lagi. Itu semua yg kami jadikan bekalan bila berada di dunia luar ni. Tanpa semua itu, tak mungkin aku, dan sahabat2 akan menjadi seperti hari ini. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah krn tlah memberi kesempatan kpd kita utk belajar di bumi SMKA SULTAN AZLAN SHAH.

Terima kasih tak terhingga pada guru-guru yang menerima kedatangan kami. Nasihat kalian semua amatlah kami hargai. InshaAllah, kami igt. Juga pda staf-staf sekolah. Tak lupa pda muslimat smkasas yg turut sama meluangkan masa bersama kami.



gambar, credit to : AmirahAsmuin

wassalam,
Coretan Nurul








Saturday, June 9, 2012

Minggu Destini Siswa aka Orientasi



السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, genap seminggu aku berada di UiTM Bukit Mertajam Pulau Pinang. Tengah hari tadi, selesai minggu destini siswa aka mds. Satu kelegaan bagi saya n rakan2. Tanya siapa pun, mesti semua selalu berharap mds habis cepat. Biasalah, terseksa jiwa raga katanya. Buat semua perkara dalam keadaan terpaksa, mmglah. Tapi, bagi aku terseksa macamana sekalipun, mds tetap mendatangkan kebaikan n faedah kpd semua mahasiswa. S0, dibawah disertakan alasan n pengalaman mds di UiTM,Pulau Pinang.

1) Kalau tak ada mds, jawabnya sesat la nk pegi kelas. Bangunan kat u bukan mcm sek0lah. Bilik guru sekolah satu setingkat, tapi kat u bertingkat-tingkat. Lagi satu, kat sekolah, belajar dalam satu kelas ja, tpi kat u belajar dalam banyak kelas. Setiap subjek, kelas berlainan. Ha, kat u bangunan bukanya satu n bukannya setingkat dua. Banyak bangunannya n tinggi2 pulak. Sama la mcm di UiTM, Pulau Pinang ni. S0, waktu mds ni la kita boleh tau semua bangunan n bilik yg sepatutnya. PM uitm,p.pinang siap tunjuk kelas mana yg patut kami(yg k0s kejuruteraan awam) masuk... 

2) Satu lagi bab makan, 0rg cakap waktu mds@orientasi kena ikat perut. Sbbnya tak sempat nak makan. Baru nak beratur, PM dah menjerit habis masa makan. Tapi, kat uitm,p.pinang ni, PMnya akan pastikan semua makan(alhamdulillah). Cuma dia0rg akan suruh makan secepat yg mungkin. Siapa yg sembang, mmg kenalah. El0k jugak. Masa makan mmg taa baik bersembang kan?. Makna kata penat dalam kekenyangan.

3) Masa ni jugak sesiapa yg tak pernah tunai Qiamulaill, boleh tunaikan. Untungkan? Walaupun sekali ja qiamnya, tapi sekurang-kurangnya pernahla merasa buat. Lain kali boleh tanam azam untuk buat lagi.

4) Ni yang paling best. Seapanjang mds, s0lat sememangnya berjemaah. Setiap kali waktu s0lat pulak tuh. Herm, kan dapat kumpul 27 pahala. Ditambah pulak lgi dgn tazkirah lps s0lat mahgrib. Tak ke berfaedah namanya tuh..? Kalau nak harapkan hari biasa, entah bila la nak s0lat jemaah. Ada kelas la, pi@masjid jauh la, panas la n lain2 alasannya. 

5) Waktu mds ni jugak kita akan belajar berjalan pantas. Mesti ayat ni yg semua PM, Fasiltator selalu cakap sepanjang mds."Pantas semua. Bergerak pantas." yg pasti perkataan pantas tuh msti ada larh. Melalui itu kita belajar, setiap pergerakan sebagai mahasiswa ni kena laju. Tak boleh nak sl0w2 dah. Kalau sl0w jawabnya lewat kelas la, makan pun tak boleh k0wt sbb dtg lambat kafe makanan dh licin.

6) Waktu ni jugak masa kita nak kenal dengan seni0r2. Mana tau nnti kalau ada masalah tntg pelajaran. Boleh tanya mrk kan. Ha, kan bagus. Tak payah nak pening kepala sorg2. 

7) Yang tak boleh di lupakan semestinya segala aktiviti cheers la, game la, lagu la n mcm2 lagilah. Bukan sembarangan game. Game yang sememangnya best lah.

Cheers Uitm:

"L00k FORWARD, OPEN THE BOX, WE ARE EXCELLENCE"

# Jadi, dibawah ni juga ada beberapa keping gambar yang sempat disnap sepanjang mds. Disertakan huraian juga pada setiap gambar. Selamat melihat gambr2..






























* Ok, yang atas ni adalah kipas angin terbesar yang pernah dilihat. Kipas ni ada di Pusat Islam n Laman Perdana Uitm P.Pinang. Walaupun nampak mcm sl0w, tapi angin yg 'dihasilkan' menyejukkan. 








* Di atas adalah Dewan Utama UiTM,P.Pinang. Sememangnya besar. Tanpa duduk di kerusi boleh memuatkan hampir 2300 org. Ada Air-Cond, dont w0rry.





* Ini tempat makan para mahasiswa baru. Hampir sepuluh khemah didirikan untuk menampung hampir 2000 org. Yang dlm gambar tuh ada la taa sampai 50 org. Yang pasti makanannya sedap. Alhamdulillah. Tapi ada jugak yang buang ja nasi2 tuh. Dah tau tak larat, tapi amek bnyak. haish...




* Botol air yang sentiasa bersama kami para mahasiswa baru. Tekak sentiasa haus. Banyak bet0i berjalannya.








* Ini adalah kup0n untuk makan. Kalau hilang tak boleyh mkn (PM yg cakap).S0, tak nak hilang punya pasal, aku pun ikat pada jam.






* Jam yang sentiasa menemaniku sepanjang mds. Perhatian! Jam amatlah penting. Terutamanya bila dah start kuliah nnti.




* Langit ketika petang di Pulau Pinang.






* Slide yg ditunjukkan sepanjang mds. "Minggu Destini Siswa"






Last but not least, Aku nak berterima kasih sangat pada semua akk2 & abg2 PM@Pemimpin Mahasiswa Uitm Bukit Mertajam Pulau Pinang kerana berpenat lelah memastikan mds berjalan dengan lancar. Terima Kasih bnyak2. Syukran Jazilan.




* Yang berbaju hijau, ada line pink tulah akk2 n abg2 PM@Pemimpin Mahasiswa MDS Uitm P.Pinang. Bilangan mrk kalau taa silap hampir 200 orang. Bayangkan 200 nak kawal n jaga 2000... nisbah 1:10. Dahlah nak buat tugasan masing-masing lagi.Memang penat lerh. Sapa2 yang d0k bising tak puas hati pada PM@Fasi2, nanti bila tiba masa, k0rang pulak handle orientasi@mds.. amacam sanggup?? Kritik hebat takkan tak boleh nak jadi nanti. Adakah semua 0rg akan berpuas hati dgn anda? Juga adakah anda mampu menerima kritikan orang? Sama-sama kita lihat.





Jadi, inilah entri pertama aku, selepas bergelar mahasiswa uitm, Pulau Pinang. Macam tak percaya ja. Dah jadi mahasiswa aku ni... Berpijaklah di bumi yang nyata.!!! Masa tak akan berundur. Sem0ga ALLAH mempermudahkan segala urusanku. Universiti bukan tempat untuk enj0y, walaupun mmg berpeluang untuk itu. Sedarlah, segala ilmu yang kita per0leh di sek0lah dahulu telah kita aplikasikan dalam upsr, pmr dan spm. Yang akhirnya menempatkan kita di universiti @ matrik@kolej @tingkatan 6. Jadi, kutiplah segala mutiara ilmu di sana(u,matrik, tingkatan 6) untuk menempatkan diri kita di dunia pekerjaan pula. Atau mungkin meletakkan kita di dunia pengembaraan ilmu yang seterusnya yang pastinya lebih mencabar dan mendalam.

"Ya ALLAH, Kau jauhilah kami dari kebingungan, permudahkanlah kami untuk menuntut ilmu-MU, dan janganlah kau lupakan kami ilmu tersebut disaat kami memerlukannya" Amin.."-(doa drp shbt fb)




wassalam
coretan nurul











Friday, May 11, 2012

Ketentuan-NYA


السلام عليكم ورحمة الله




TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


E2410 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA



Aku terkedu..!!!
Alahmak, engineering la pulak. Baru je cadang naa t0lak tepi subjek sains ni. Nampak gayanya terbantut la niat taa baik aku ni...
Lps tu, aku terus call ibu kat pejabat.
"Ibu, anyah dapat kejuruteraan awam kat uitm"
"Ha! Kejuruteraan awam?" ibu mcm terkejut sikit.
"Ha'ah, bu. Anyah pun taa sangka"
Ketika itu jugak, aku sedar yg aku MENANGIS.

Persoalannya, kenapa aku menangis?

HErm, biar aku st0ry. After spm, masa untuk menjual semua handout2 yg pernah cgu bgi kat sk0lah. Tapi, apa yg aku masih simpan sampai la ni, krtas2 yg berkaitan dgn subjek agama (qs,sy,arab) n Fizik juga taa ketinggalan addMath. Knp aku simpan krts2 ni lagi? Yg berkaitn agama mmg aku naa simpan. Tpi, tuk fizik n addmath knp?? Jawapannya, aku ni mmg cam ada la keinginan sikit naa jdi enginner. Sbb aku sgt suka belajar subjek Fizik. (Walaupun taa la a dlm spm, alhamdulillah b+)tpi, mmg aku sukalah. Tak tau naa bgi alasan apa. S0, mmndgkn minat Fizik, aku pun tanam-tanamkan minat tuk jdi engineer, sbb  kerjaya ni mmg ada kaitan dgn Fizik tuh. 

Tapi, bila isi upu, aku mmg bernekad naa amek pengajian islam. Tu jugak yg aku minat. Walaupun taa terr0r sgt Arab, tpi bgi aku belajar subjek agama mmg satu perkara yg ser0n0k dan amatlah berfaedah utk hari ini, es0k dan selamanya. S0, mmg aku isi 1,2,3 dlm upu tuh unisza sbb  u situ jerh(under g0verment)  yg menawarkan diploma pengajian islam. Kalau asasi tuh ada la kat u lain, tpi dgn kptsn spm aku, susah naa lepas asasi. Jadi, awal2 lagi aku mmg t0lak ke tepi segala jnis asasi.

Alhamdulillah, hampir setiap hari aku berd0a, supaya ALLAH memberikan aku jalan yang terbaik utk meneruskan pengembaraan ilmuku ni. Dalam hati ni mmg kuat mengatakan aku boleh dpt k0s pengajian islam sbb isi pun 1,2,3 pngajian islam. Macm mustahil la taa dapat.

Lagipun, aku mmg mngharap supaya adalah se0rang dlm ahli keluarga aku yg menjurus dlm bidang agama. Jadi, aku meletakkan diri aku dlm sasaran tuh. Ibu n ayah pun taa membantah dan menyokong bila aku    cakap naa pilih k0s agama. Pendek kata, harapan aku mmg naa smbg pengajian islam la.

Tapi, bila keluar result upu, aku terus menjerit dpn lapt0p time tu. Dengan langkah yg laju aku terus ke dapur utk bagitau kakak pasal upu tu la. Kakak pun terkejut la  jugak. Sbb dia tahu apa yg aku mintak dan mengharap.

Bila kwm2 tanya tntg upu, aku berterus terang. Aku ckp aku dpt kjuruteraan awam. Tapi, jauh di sudut hati ini, mmg ada rasa terkilan. Sebabnya, aku meletakkan harapan yg tinggi tuk k0s agama.

Lagi aku sedih, bilamana ramai shbtku yg dpt smbung ke uia. Dah mcm bilangan satu kelas. Ser0n0k betul. Ada jugak ke u lain, tpi still dpt sama dgn kwn. Ni aku sorang-sorang ja ke uitm bukit mertajam tuh. Sedih agak banyak la.

Walaumacamana sekalipun, semuanya dah ditentukan. Aku tetap melaksanakan sujud syukur. Aku ttp dpt upu. Lagi kasihan pada yg taa dpt upu.

Yang aku tanam minat sikit-sikit tu la yg aku dapat. Sekurang-kurangnya aku ada la  minat walaupun taa bnyk. Ada hikmah aku masih simpan krts-krts addMath n Fizik ni. Boleh la refresh balik. Jadi, kena tanam minat bnyk2 lps ni.

Sekarang, aku dpt terima kenyataan, bahawasanya aku akan meneruskan pembelajaran dlm bidang kejuruteraan awam. Dan, aku selalu ingat, ilmu agama yakni ilmu ALLAH ini ada di mana-mana sahaja. Cuma kena rajin mencari dan terus mencari. Jgn kerana kita dpt k0s berkaitn sains, ilmu agama kita lupakan terus. Taa boleh mcm tu. Ilmu agama tetap kita perlukan. Kalau tidak, diri kita ni akan hanyut dengan situasi dunia zaman sekarang.

 "ALLAH Knows The Best For You. ALLAH tahu yg terbaik utk kita." 

Aku pegang kata-kata di ats tuh. Sesungguhnya segala perancangan ALLAH utk hambanya amat baik. DIA lebih tahu apa yg baik utk kita sekarang, es0k dan utk masa hadapan. Jadi, sbg hamba, jgn kita pertikaikan ketentuanNYA.


"Masa depan itu milik ALLAH"

"Tidak semestinya yg difikirkan BAIK itu adalah yg TERBAIK untuk kita"



*Di bawah ada bbrp keping gmbar UiTM,Pulau Pinang yg djumpai di G00gle Search Image.



* Di pintu masuk.



*Ini Pusat Islam a.k.a masjid




*Salah satu k0lej kediaman.




Sekian, dariku,
c0retan Nurul



Thursday, April 12, 2012

OH TIDAK...>>> 20 perkara JANGAN

السلام عليكم ورحمة الله


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH


Harap-harap para sahabat semua dalam keadaan sihat belaka dengan izin ALLAH. Ok, ini p0st yg pertama dalam bulan April. Bukan coretan asli daripada CORETAN NURUL. Artikel ini dibaca dan ditaip semula untuk perkngsian. 
~selamat membaca~


Sebelum tu, j0m belajar bahasa baru :::

Malay : JANGAN 
 French : NE PAS
Filipino : HUWANG
German : NICHT
Greek : MHN
Italian : NON
Macedonian : HE
Swedish : INTE
Turkish : YAPMAYIN


1-JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tak disukai ALLAH s.w.t

2-JANGAN masuk bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa najis & mengotori seluruh rumah kita.

3-JANGAN makan dan minum dalam bekas yg pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya membahayakan

4-JANGAN tidur lepas s0lat Subuh, nanti rezeki mahal (berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

5-JANGAN makan tanpa baca BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg dimakan adalah darimuntah syaitan n taa kenyang...

6-JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

7-JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi d0sa.

8-JANGAN bergaul bebas di tempat kerja mahupun tempat belajar (k0lej, u , sek0lah). Banyak buruk dari baiknya.

9-JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat d0sa kerana mati b0leh datang bila-bila masa.

10-JANGAN eg0 utk minta maaf kpd kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

11-JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti r0sak silaturrahim.

12-JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti s0mb0ng bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

13-JANGAN kedekut untuk bersedekah (Haji Bakhil). Sedekah itu memurahkan rezeki.

14-JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa.

15-JANGAN selalu dan suka sangat berb0h0ng kerana itu adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

16-JANGAN suka menganiaya manusia or haiwan kerana d0a makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t

17-JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

18-JANGAN duduk dalam bilik air lama-lama sebab disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

19-JANGAN lupa memberi salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

20-JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN, sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. (AllahKn0wsTheBez4U)


Dalil :
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

" I created the jinn and humankind only that they might worship Me. "

( Az- Zaariyaat : 56 )

" Ya Allah , terimalah kami sebagai hamba-MU "

firman Allah " dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam itu kebanyakkan dari jin dan manusia...mereka mempunyai hati..tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah...dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakan untuk melihat tanda2 kekuasaan allah...dan mereka mempunyai telinga tapi mereka tidak mempergunakan untuk mendengar ayat2 Allah..mereka ini umpama binatang ternakan...bahkan mereka lebih sesat lagi.mereka inilah orang yang lalai 


WASSALAM,
CORETAN NURUL

Saturday, March 31, 2012

4 Perkara...



السلام عليكم ورحمة الله


~Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih~




4 Perkara yang dapat membuat pandangan mata menjadi gelap:


1-berjalan tanpa kasut
2-berpagi hari dan berpetang hari dengan wajah yang muram penuh dgn kebencian dan permusuhan (senyum selalu)
3-terlalu sering menangis
4-banyak menatap garis yang kecil-kecil








4 Perkara hal yang menghilangkan kesegaran dan kecerian wajah


1-Berbohong
2-Tidak tahu malu
3-Terlalu banyak bertanya yant tanpa dasar
4-Banyak melakukan maksiat


4 Perkara yang membuat wajah semakin segar


1-Menjaga harga diri
2-Menepati janji
3-Dermawan
4-Taqwa








4 Perkara yang mendatangkan kemarahan dan kebencian


1-Takabbur
2-Dengki
3-Bohong
4-Suka mengadu








4 Perkara yang b0leh mendatangkan rezeki


1-Bangun malam untuk s0lat
2-Banyak beristighfar menjelang fajar
3-Membiasakan memberi
4-Membiasakan diri berzikir di petang hari


4 Perkara yang akan mencegah datangnya rezeki


1-Tidur di pagi hari
2-Jarang s0lat
3-Malas
4-Suka berkhianat






4 Perkara yang membahayakan pemahaman dan kemampuan 0tak


1-Ketagihan makanan yang masam dan buah-buahan
2-Tidur terlentang
3-Resah
4-Gundah-gulana


4 Perkara yang akan menambah daya pemahaman


1-Hati yang bersih
2-Tidak menyelangi makan dengan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
3-Mengatur menu makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan mengandungi lemak
4-Membuang semua endapan yang memberatkan badan




sumber: Buku La Tahzan ( Siri Penyejuk Hati)


wassalam,


coretan Nurul

Friday, March 9, 2012

Cerita pendek: Sudah tertutupkah?



Dalam kereta Honda City 2.0 (cewwah)

"Along, nanti singgah kat kedai runcit Pak Seman tu sekejap. Tadi mak ada pesan suruh beli tepung, nak buat kuih petang ini." aku bersuara.

Depan Kedai Runcit Pak Seman

"Alahmak, along je yang tolong beli boleh tak? Orang lupa pakai stokin la." aku bersuara seraya memandang along.

"Alah, stokin je pun dik oi. Bukannya tak pakai tudung ke apa. Pegi je lah. Bukan orang nampak pun.Lagipun Pak Seman tu je yang ada dengan isteri dia tu ha, bukannya ada orang lain pun. Along malaslah nak turun." balas along dengan selamaba nya tuh.

Aku tersentap.

"Eh along, dengar ya. Orang memang paling pantang sekali dengan manusia yg selamba badak je nak bercakap pasal aurat ni. Along, aurat org perempuan tu, seluruh anggota badan tau kecuali muka dgn tapak tangan je.Lagi satu, Pak Seman tu bukannya orang ke? Objek k0wt yerk, bajet dia taa nampak kaki orang. Ingat bila jalan, kaki ni berselindung dalam kain ka?" balasku mula nak naik angin dengan along.

Itulah manusia zaman sekarang, suka ambil remeh dengan benda2 yg wajib nieyh..

Rekod hadis sahih:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)


Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih krn membaca.



Wednesday, February 8, 2012

tEruSkan MeLanGkah HinGGa aKhirnya...




..........Perjuangan hidup kat dunia ni, masih panjang. Apatah lagi kalo kita ni se0rang pelajar. Cabaran dan dugaan pastinya, semestinya dan confirm ada. Tapi sedarlah, sesungguhnya hal inilah yg jadikan diri kita semakin kuat. Believe it!!!. Kekdg kita pers0alkn,segala mcm perkara yg mmbebankan atau mungkin menyusahkan diri kita. Tapi, ce pikir balik. Itulah namanya ujian drp ALLAH. Ujian tu bkn utk buat kita tension ke, penat ker, pengsan ker(tak larat sgt dah la nie) sebaliknya utk dekatkan diri kita pada ALLAH. Kalo perasan bila rasa susah,kebanyakkan atau majoriti kita, automatik  akan sebut " YA ALLAH" (kan? kan?). Bila senang : tak ramai rasanya yg automatik sebut " ALHAMDULILLAH "(am i right?). 

...... ALLAH tahu, kita mampu dan b0ley menanggung semua itu. ALLAH takkan uji hambaNYA dgn perkara yg tak mampu ditanggung. Lagi satu, hakikatnya, dgn ujian itulah kita akan semakin dekat dgn ALLAH. Tapi ingat!!!! Bukan bila ada masalah je nk dekat dgn ALLAH. Cumanya, ujian itu mnjdi medium kpd kita yg selalu lupa nie. 

... Percayalah, setiap yg peristiwa yg berlaku dlm dunia ni, semuanya tersembunyi hikmah di sebaliknya. Jgn mengeluh atau member0ntak,.. ALLAH dah atur yg terbaek utk hambaNYA, sbb DIA sgt tahu lagi arif apa yg buruk, apa yg baik utk apa yg DIA ciptakan,...


*sekadar nk kongsi, utk peringatan pada diri ini juga. Manusia!! Kena saling igt-mengingati.*

wassalam, 
dri Coretan Nurul,...



t


Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL : ~*_KhutBah TeraKhiR RASULULLAH S.A.W_*~

- Anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sbg amanah suci



- Kembalikan harta yg diamanahkan kpd yg berhak ( anak yatim)


- Jangan sakiti org lain supaya org lain tak sakiti diri kita


- Ingatlah! bahawa kamu akan kembali pada ALLAH dan amalan kita akan dihitung



- Riba' itu haram


- Jangan terpedaya dengan syaitan


-Jika isteri menyempurnakan haknya, mereka juga ada hak untuk dipenuhi. ( Makan, tempat tinggal). layanilah mereka dgn lemah-lembut krn mereka ialah peneman setia.


- Dirikanlah solat 5 kali sehari, bayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, kerjakan haji


- Setiap muslim adalah bersaudara, tiada yg lebih mulia melainkan dalam taqwa dan amal s0leh


- Tiada lagi agama baru.
-Berpeganglah pada Al-Quran dan Al-Sunnah sesengguhnya kmu takkan sesat.

Monday, January 30, 2012

Aku rindu utk 'berdating' dengan-NYA

Disaat kegelapan masih menyelebungi,
Kaki ini perlahan melangkah,
Bayu pagi menghembus,
Terasa kesejukannya.

Kaki terus melangkah,
Menuruni anak tangga,
Sambil dalam hati,
Tidak terkata sabarnya.




ASSALAMUALAIKUM,
Ku ucap sebelum melangkah masuk ke rumah-NYA,
Lampu ku nyalakan,
Telekung ku pakai.

Sejadah mini,
Ku bawa bersama,
Menuju ke satu sudut,
Berdekatan rak Al-Quran.

Setelah sejadah dihamparkan,
Aku berdiri tegak,
Berselawat, membaca bismillah,..
Memohon kekhusyukan.

Takbir diangkat,
Bermulalah pertemuan ku dengan,
YANG MAHA PENCIPTA,
Sehingga ke akhirnya salam diberi.

Astaghfirullahala'zim,
Astaghfirullahala'zim,
Astaghfirullahala'zim .
Zikir mnjadi kesinambungan.

Sesudah itu tangan di tadahkan,
Mengadulah padaNya,
Segala perkara,
Segala peristiwa yang menimpa.

Setitik demi setitik air mata jatuh,
Sungguh,
Begitu aku rasa dekat denganNya,
Terasa  DIA setia mendengar setiap aduan,


Kelegaan dirasai,
Ucapan ALHAMDULILLAH terucap di bibir,
Tanda bersyukur,
Diberi waktu utk 'berdating' denganNya.

Bukanlah satu perkara yang mudah,
Tetapi kehendak dan keinginan,
Yang menguasai diri,
Menjadikannya mudah utk dilaksanakan.

"Wahai muslimin dan muslimat, mengadulah kamu pada ALLAH apa jua kesusahan dan berkongsi dengan ALLAH apa jua kegembiraan kerana kamu akan merasai nikmatnya. Tiada yang mampu dikongsi 'nikmat' apa yg dirasai. Cubalah! Kamu akan merasainya dengan sendiri.





Hari ini aku masih menghitung. Bilakah lagi masanya aku diberi kesempatan untuk berdua denganNYA seperti mana yg aku pernah lakukan? 
SUNGGUH
Aku amat merindui saat itu!
Rindu amat!






Wednesday, January 25, 2012

Memori :PeNgurusan Jenazah...

assalamualaikum..

Hari ini nak berkongsi gambar time belajar cara pengurusan jenazah slps PMR 2009 tamat dulu. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada ilmu mcmana nk uruskan jenazah ni terutamanya jikalau ada berlaku kematian dikalangan ahli keluarga. Tak payahlah nk mengharapkan org laen uruskan jenazah ahli keluarga kita sendiri kan..??? Kita p0wn b0ley buat. InshaAllah.








Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.