...Erti Kebahagiaan...

"Kebahagiaan adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan wang dan harta, tetapi kebahagiaan adalah suatu anugerah ALLAH dan rahmat ALLAH, kebahagiaan adalah suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu ketenangan hati, kelapangan dada, kerehatan otak dan keselesaan perasaan"

Saturday, June 4, 2011

Peluru salut minyak babi bunuh Osama

PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
OSAMA
WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga.
Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.
Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.

Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama ‘The Midnight Rider’ mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.

“Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka,” kata Rider.

Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.

Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya.


“Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,” katanya.

Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: “Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet.” ‘Midnite Rider’ yang juga menggunakan nama ‘Pejuang YAHWEH’ mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.

Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.

Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: “Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas.” Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran. - Agensi

Thursday, March 17, 2011

12 SIFAT SAHABAT





1.  Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2.  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3.  Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4.  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5.  Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6.  Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7.  Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8.  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9.  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

WANITA ITU CANTIK....!!!








Allah berfirman:
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Setiap Wanita itu Cantik...
Nota: (oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita...

assalamualaikum...
hrp2 semuanya sihat ....
& bersyukurlah dengan nikmat sihat yang dikurniaknNya..
sntiasalah menjadi org yg slaloo bersyukur di atas nikmat yang diberi...